MGG 4101

 

Krisis  Baru Di Kelantan

(MGG:  An Unspoken Crisis Rears  Its Head  In Kelantan)

 

 

Ketika  Sultan Kelantan pulang daripada lawatan tidak rasmi ke Dubai  minggu lalu, dia telah disambut oleh  Badan Bertindak Rakyat Kelantan yang ditaja oleh UMNO.  Sekitar dua ribu  orang telah menyambut baginda. Apa sebabnya dia berada di Dubai itu tidak pula sesiapa yang tahu. Cuma  menteri kewangan, Tun Daim ada  tercongok mukanya sebelum  baginda berlepas  dari  sana. Apa yang dibincangkan  memang  terpaksa diagak-agak sahaja. Tentu sekali  ada kena mengena dengan perbalahan terbaru  di antara istana Kelantan  dengan  kerajaan PAS. Memang sudah berlaku satu konfrontasi  bermula  dengan tindakan istana menarik balik bintang  gelaran yang telah diberikannya. Perangai 'buruk siku' -diraja ini dikenakan ke atas dua orang exco-mengikut laporan New Straits Times – kerana tidak meluluskan tanah yang Sultan mahukan. Tetapi, itu bukan cerita yang sebenarnya. Pernas mahukan  tanah untuk memasang paip gas  daripada  tuanpunya tanah yang terbabit. Tetapi  tuanpunya tanah itu mahukan pampasan mengikut kadar  pasaran.  Apabila kerajaan enggan menyahut  tawaran mereka,  inilah yang membabitkan   beberapa  peristiwa yang melibatkan dua orang pegawai exco  itu terpaksa memulangkan balik bintang yang mereka terima.

 

 

Kisah  selanjutnya masih ada lagi. Dewan  undangan negeri  sudah pun bersedia menggugurkan kekebalan  diraja dengan membuat  pindaan kepada  perlembagaan yang ada dalam persidangan dewan  di akhir bulan nanti.  Kerajaan Kelantan tidak melakukan pindaan itu ketika semua kerajaan negeri yang lain melakukan penyelarasan dengan pindaan perlembagaan persekutuan mengenai perkara yang sama. Pindaan ini memberi ruang Kepada seorang  raja untuk  meluluskan sesuatu rang undang-undang dalam masa tiga puluh hari untuk menjadi satu undang-undang. Jika tidak, dan  kalau raja memberikan alasan Kenapa beliau enggan, perkara itu diperdebatkan lagi. Apabila ia diluluskan oleh dewan, ia akan menjadi undang-undang secara otomatik sahaja.  PAS menguasai semua  kerusi dewan  kecuali dua kerusi, dan pindaan itu akan diluluskan  apabila dibentangkan. UMNO  Kelantan telah mempersoalkan tindakan itu. Tetapi PAS  menjawab balik  bahawa  ia adalah bertujuan menyelaraskan  pindaan perlembagaan  mengikut kehendak Perdana Menteri yang mahu raja-raja  mengikut  peraturan.

 

Satu  cadangan agar proses  ‘management buyout’ dilaksanakan terhadap Keloil, yang sedang kerugian  tetapi mempunyai hak  keatas  setiap petrolium dan gas  yang digerudi di Kelantan.  Nampak sangat ada satu mainan raksasa  oleh Petronas   yang mahukan syarikat itu disuntik melalui sebuah syarikat yang tersenarai dipasaran  saham. Cerita sebenarnya masih samar-samar lagi. Tetapi ada desas-desus  yang membabitkan  Menteri Besar dan juga Sultan Kelantan mengenai  perkara ini. Badan Bertindak  Rakyat Kelantan yang ditaja oleh UMNO itu nampak  terlalu berpihak kepada Sultan untuk  mengkucar-kacirkan Sultan.  Walaupun ia sudah gagal memenangi kuasa politik melalui peti undi UMNO Kelantan sedang bergiat  untuk menconteng arang ke muka  pihak yang sedang menikmati kuasa. Di waktu yang  sama ada pula rancangan untuk membina sebuah  pelabuhan besar di Tumpat, sebagai landasan untuk memunggah  barangan yang  datang daripada Kambodia dan Laos. Saya diberitahu projek ini akan menelan sehingga satu bilion ringgit.

 

Dengan tercetusnya semua kisah  di atas merupakan satu tamparan terhadap keikhlasan  UMNO dalam  usahanya mengadakan rundingan mengenai perpaduan Melayu.  Pada malam semalam Perdana Menteri ada membuat pengumuman bahawa  isu kerajaan persekutuan menyekat bayaran royalti petrolium boleh dibincangkan dalam rundingan itu.   Kalau perkara ini diungkitkan ia akan mendedahkan betapa UMNO tidak dapat menerima hakikat kewujudan sebuah  kerajaan Melayu bukan-UMNO  yang sedang berkuasa. Usaha  menggunakan segala tipu helah yang ada untuk menghenyak kerajaan PAS itu menunjukkan ia lebih merosakkan perpaduan orang Melayu, jika dibandingkan dengan gelagat Badan Bertindak Melayu yang baru berforum di Kuala Lumpur.  Kini, apa yang sedang berlaku di Kelantan adalah satu senario yang berbeza.  Inilah yang menjebak UMNO dalam perangkap yang dipasangnya lama dulu. UMNO tidak boleh menentang apa yang mahu dipraktikkan oleh PAS. Pada awal 1990-an  dulu, ia pernah menyerang PAS kerana tindak melakukan  pindaan kepada perlembagaannya. Kini, ia tidak boleh berbuat apa-apa,  melainkan melahu sahaja.

 

 

-MGG Pillai-

14.2.2001.

Terjemahan MT 15 February 2001